Tanda2 kiamat kiamat( Timbul pejuang yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara demokrasi)

Saudara.

Nabi s.a.w. bersabda. maksudnya;"Akan muncul nanti tiga perkara(buruk) sebagai tanda hampir kiamat;1) Tempat makmur (masjid) telah lenggang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai). 2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan ( demonstrasi). 3). Seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu,"( Riwayat At-Tarbani dalam Al-Khabir)

Hadis diatas menerangan bahawa pada akhir zaman nanti timbul di kalangan umat islam mereka yang berjuang bagi menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pihak tertentu melalui cara demonstrasi atau tunjuk perasaan.

Ketika mengulas hadis pemulaan di atas'Allaamah Mufti Brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya; "salah satu pekara yang timbul sekarang ini di kalangan orang islam iaah mereka mengikut cara orang Eropah atau cara orang Barat, iaitu mereka berarak di jalanan dengan meningikan suara dan menjerit- jerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Sedangkan Nabi s.a.w. telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik- mekik itu sebagai mengikut cara orang-orang jahiliah yang bukan islam".

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya;"sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat pekata keji dan menjerit-jerit di jalanan" (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)

Jadi, daripada keterangan di atas jelaslah bahawa trend umat Islam berjuang cara berdemonstrasi adalah isyarat dari Rasulullah s.a.w. bahawa ia sebagai salah satu tanda bahawa dunia telah hampir kiamat..

Semoga bermanfaat,

Daripada Long Muhammad Syafiq

( Berdasarkan kitab2 lama dan hadis)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment