Salam dalam islam

Saudaraku,

Antara tanda-tanda kiamat ialah SALAM HANYA DIUCAPKAN KEPADA ORANG DIKENALI SAHAJA DAN DIUBAHKAN KEPADA UCAPN LAIN..

Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda- tanda kiamat bahawa seorang lelaki akan mengucapkan salam kepada lelaki lain yang dikenali sahaja. (Hadis soheh diriwayatkan oleh Ahmad dari Ibn Mas'ud)

Tetapi sekarang ini, walaupun kelebihan memberi salam amat besar faedahnya, tetapi umat islam di zaman yang telah hampir dengan saat kiamat, tidak lagi melakukkannya.. Ini telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Apa yang lebih aneh lagi, kaum muslim telah menukar salam islam yang lebih mulia kepada salam Yahudi, Nasrani dan kaum Musyrikin Quraish dengan alasan budaya kemajuan, maka sungguh buruklah apa-apa yang mereka tukar tersebut. Sesetengah dari umat islam sendiri lebih senang dan berasa standardmengucapkan perkaaan"Good Morning","Good Night","Hallo","Hai", dan sebagainya ketika bertemu sesama Islam.

Bahkan lebih teruk lagi ialah penggunaan alat komunikasi hari ini seperti SMS dengan menggunakan ringkasan salam dengan istilah(perkataan) "Mekom",:Akum", dan sebagainya. Seorang penyelidik mendapati bahawa perkataan Akum adalah singkatan perkataan "Avde Kokhavin U Mazzalot'. Perkataan ini digunakan oleh orang Yahudi kepada bangsa selain Yaahudi (goyim) bagi menghina dan Merendah-rendahkan mereka, yang bermaksud dan ertinya "Binatang".

Semoga bermanfaat,

Dari Long Muhammad Syafiq

(Dipetik dan diolah semula oleh saya dari buku Tokoh yang akan menakluk dunia serta tanda2 kiamat)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment