Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Assalaamu’alaikum w.b.t…… Mengapa umat Kristian sekarang masih tidak perasan tentang hal ini malah terus ditipu oleh pihak gereja? Mengapa umat Kristian sendiri tidak perasan dalam kandungan kitab mereka bahawa Nabi Isa a.s / Yesus hanya diutuskan kepada umat Israel dan bukannya kepada seluruh dunia? Di bawah akan diberikan dalil-dalil dari Bible sendiri yang akan mengesahkan perkara ini.

Dan ramai juga sudah mengetahui tentang perkara ini, tetapi tetap mengatakan ini hanyalah pendapat sendiri kerana katanya umat Islam tidak mengenal KEBENARAN Tuhan dan dibutakan mata hati. Itu lah antara yang diperkatakan oleh mereka sedangkan mereka tidak dapat memberi hujjah pun tentang perkara itu. Hanya dapat omong-omong kosong sahaja, yakin yang dia itu betul dan menjadi PAK TURUT kepada gereja semata. Kalau begitu semua orang boleh mengatakan mereka itu benar, tetapi apa HUJJAH-HUJJAH yang dibawanya yang boleh membuktikan bahawa dia itu benar? Sekiranya di dalam mahkamah anda hanya berkata anda BENAR, adakah HAKIM dapat memutuskan bahawa anda itu BENAR sebelum anda membawa dalil dan HUJJAH?

Ada yang mengatakan bahawa dia percaya dan beriman kepada Bible, tetapi mengapa ayat-ayat yang memperkatakan tentang soal ini tidak diyakininya? Mereka hanya meyakini dan mengambil kandungan Bible mengikut selera mereka semata, bukan percaya kepada semua. Contohnya seperti anda bekerja di sebuah syarikat. Manager menyuruh anda membuat sesuatu, tetapi anda tidak melaksanakan semuanya melainkan hanya mengikut SELERA anda. Tidak kah anda merasakan bahawa anda sudah biadap dengan Manager anda? Apa lagi jika biadap dengan Tuhan? Tidakkah anda melihat banyak nikmat telah dikurniakan kepada anda oleh Tuhan? Tetapi mengapa perlu meremeh-remehkan dan memiilih cara hidup mengikut kepuasan NAFSU sendiri? Ini hanya dari segi akal dan logiknya.

Para missionaris Kristian pernah mengatakan, “barang siapa percaya akan Yesus kristus, maka ia akan masuk syurga ”. Maksud dari ayat itu ialah barangsiapa yang percaya bahawa Yesus mati disalib untuk menebus dosa manusia dan mengakui Yesus juga adalah Tuhan maka dia akan dapat masuk syurga dan barang siapa mahu dibaptiskan untuk menjadi pengikut Yesus maka ia akan terselamat dan akan masuk dalam kerajaan syurga.

Sedangkan Yesus sendiri tidak pernah disalib dan ianya tiada disebutkan di dalam Bible pun. Dan Yesus juga tidak pernah mengaku bahawa dia itu adalah Tuhan dan tiada pun dalam Bible bahawa dia mengaku dia itu tuhan. Dan di dalam Bible sendiri pun memberitahu bahawa Yesus hanya diutuskan kepada umat Israel dan bukan kepada selainnya. Dan pengikut Yesus yang akan masuk syurga hanya 144,000 orang sahaja dan itupun hanya dari kalangan orang-orang Israel / Yahudi sahaja.

Maka bagaimana pula dengan umat Kristian yang jumlahnya berbilion sekarang ini yang mengatakan mengikut Yesus? Tentang ini maka hendaklah anda tepuk dada dan tanya Bible anda sendiri, jangan tertipu dengan agenda pihak gereja. Menurut Bible tiada satu pintu syurga pun yang akan menerima umat Kristian sekarang kerana 12 pintu syurga itu hanya diperuntukkan kepada 12 suku Israel sahaja. Sebelum itu mari kita lihat kenyataan dalam Bible tentang Yesus hanya diutuskan kepada umat Israel sahaja;

Matius 15:24 Jawab Yesus: “Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.”

Dan Yesus hanya berdoa untuk umat Israel sahaja dan bukan kepada umat selainnya;

Yohanes 17:9 “Aku berdoa untuk mereka. Bukan untuk dunia Aku berdoa, tetapi untuk mereka, yang telah Engkau berikan kepada-Ku, sebab mereka adalah milik-Mu.”

Maksud ‘mereka’ di situ dalam konteks ayat adalah umat Israel sahaja, dan yang dimaksudkan dengan ‘bukan untuk dunia’ itu ialah selain dari umat Israel. Kesimpulannya Yesus hanya mahu berdoa kepada domba-domba tersesat dari kalangan umat israel sahaja.

AlQuran juga memberitahu tentang ini dalam ayat yang bermaksud;

“Dan (ingatlah) ketika ′Isa ibnu Maryam berkata: “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata.”" Surah As Shaaf : Ayat 6

Ayat ini juga membuktikan bahawa Yesus hanya diutuskan kepada Bani Israel dan bukan kepada selainnya. Dan tidak pernah ada ayat dari Bible atau AlQuran yang mengatakan Yesus diutuskan kepada seluruh alam seperti mana Nabi Muhammad S.a.w.

“Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam”. Surah Al Anbiya’ : 107

Maka yang pastinya, bagi mereka yang menggunakan akal dan fikiran sudah nampak dengan jelas tentang perbezaan diutuskan hanya kepada umat Israel atau diutuskan kepada seluruh dunia.

Dalam AlQuran menyebut tentang Bani Israel yang mempunyai 12 suku;

“Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu!”. Maka memancarlah dari padanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa (Kami berfirman): “Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezekikan kepadamu”. Mereka tidak menganiaya Kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri.”Surah Al A’raaf : Ayat 160

Dalam Bible juga ada menyebut bahawa Umat Israel ada 12 suku

Kejadian 49:28Itulah semuanya suku Israel, dua belas jumlahnya… “

Matius 10:2-4 “Inilah nama kedua belas rasul itu: Pertama Simon yang disebut Petrus dan Andreas saudaranya, dan Yakobus anak Zebedeus dan Yohanes saudaranya, Filipus dan Bartolomeus, Tomas dan Matius pemungut cukai, Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus, Simon orang Zelot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia.”

Dan ketahuilah wahai saudara-saudara Kristian sekalian, dalam Bible anda sendiri mengatakan Yesus hanya berdakwah dan menyuruh anak-anak muridnya berdakwah kepada 12 suku Israel sahaja. Malah Yesus MELARANG sama sekali anak-anak muridnya berdakwah kepada orang-orang selain dari bangsa Israel.

Matius 10:5-6Ke dua belas murid itu diutus oleh Yesus dan Ia berpesan kepada mereka: “Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israil.

Maka ada juga disebutkan bahawa di Hari Kiamat nanti iaitu Hari Penghakiman, 12 murid Yesus itu turut bersamanya dalam menghakimi 12 suku Israel itu.

Matius 19:28.. sesungguhnya pada waktu penciptaan kembali, apabila Anak Manusia bersemayam di takhta kemuliaan-Nya, kamu, yang telah mengikut Aku, akan duduk juga di atas dua belas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel. “

Sudah terang lagi bersuluh di situ bahawa Yesus nanti akan menghakimi hanya dari kalangan umat Israel sahaja dan dia tidak bertanggungjawab terhadap umat selain Israel di dunia ini.

Dan menurut Bible, HANYA 144,000 ORANG DARI UMAT ISRAEL YANG AKAN MASUK SYURGA.

Wahyu 7:4 “Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel.”

Dari 144.000 orang yang dijamin masuk syurga tersebut adalah dari dua belas suku Israel yang masing-masing suku berjumlah 12.000 orang :

Wahyu 7:6 dari suku Asyer dua belas ribu, dari suku Naftali dua belas ribu, dari suku Manasye dua belas ribu,
Wahyu 7:7 dari suku Simeon dua belas ribu, dari suku Lewi dua belas ribu, dari suku Isakhar dua belas ribu,
Wahyu 7:8 dari suku Zebulon dua belas ribu, dari suku Yusuf dua belas ribu, dari suku Benyamin dua belas ribu. Wahyu

Dan dalam ayat yang lain pula telah termeterai di 12 pintu syurga itu nama-nama suku Israel itu.

Wahyu 21:12-13 “Dan temboknya besar lagi tinggi dan pintu gerbangnya dua belas buah; dan di atas pintu-pintu gerbang itu ada dua belas malaikat dan di atasnya tertulis nama kedua belas suku Israel, Di sebelah timur terdapat tiga pintu gerbang dan di sebelah utara tiga pintu gerbang dan di sebelah selatan tiga pintu gerbang dan di sebelah barat tiga pintu gerbang. “

Maka dengan alasan apa lagi orang-orang yang bukan berketurunan Israel mahu masuk syurga? Apa bukti yang dapat mereka guna bagi menentukan bahawa Yesus akan mengadili dan memilih mereka nanti? Ingatlah bahawa ajaran Yesus hanya terhad kepada suku Israel / Yahudi sahaja, dan selainnya tidak termasuk dalam senarai. Hanya Nabi Muhammad S.a.w yang diutuskan kepada seluruh alam ini dan hanya Islam yang relevan untuk sepanjang zaman.

Tidak cukupkah lagi dalil-dalil dan bukti yang diberikan? Yang bukan hanya diambil dari AlQuran, tetapi dari kitab Bible anda sendiri juga. Dan jika masih tidak cukup , mari kita baca lagi ayat di bawah;

Kisah Para Rasul 13:23 “Dan dari keturunannya lah, sesuai dengan yang telah dijanjikan-Nya, Allah telah membangkitkan Juruselamat bagi orang Israel, iaitu Yesus.

Jangan anda tertipu dengan fatwa gereja yang mengatakan anda juga adalah umat Israel, sedangkan dalam Bible anda sendiri menyebut umat Israel hanya ada 12 suku, dan kesemuanya berjumlah 144,000 orang sahaja yang diterima untuk masuk syurga, selainnya adalah mereka-mereka yang ENGKAR dan TERPEDAYA! Dan jika anda menggunakan LOGIK akal pun, bagaimana anda boleh mengaku bahawa anda orang Israel? Sedangkan anda berketurunan Melayu, Cina, India, Red Indian dan sebagainya? Sama seperti anda mengaku ketua kampung anda itu sebagai ayah sedangkan dia itu ayah kepada orang lain, boleh kah anda mengaku sedemikian?

Ketahuilah Israel itu adalah nama GELARAN kepada Nabi Ya’akob, dan suku Israel adalah 12 keturunan dari 12 orang anaknya. Jika anda mengatakan bahawa tidak adil setelah anda mengikuti Yesus tetapi anda tidak diakui sebagai umat Israel, maka samalah seperti anda mengatakan bayi yang baru dilahirkan itu sebagai BERDOSA. Maka adilkah itu?

Maka setelah datang keterangan-keterangan yang jelas dalam AlQuran dan kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.a.w, mengapa anda masih tidak mahu menerimanya? Sedangkan Yesus pernah memberitahu agar memerhatikan buah ajaran yang akan disampaikan oleh Rasul selepasnya. Jika Rasul itu mengajak agar beriman kepada Allah yang satu maka terima lah ia, tetapi jika Rasul itu mengajak beriman kepada Tuhan yang lain, maka hukum lah dia dengan sekeras-kerasnya.

Maka sekali lagi saya mahu bertanya kepada umat kristian, adakah Nabi Muhammad S.a.w mengajak kita semua menyembah Tuhan yang lain yang bukan Esa/satu?

Dan ingatlah bahawa Yesus tidak pernah membuat pengakuan yang NYATA bahawa dia adalah rasul terakhir. Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w dengan nyata telah mengatakan bahawa dia adalah Rasul yang terakhir. Antaranya dalam khutbah terakhir baginda ini;

“Wahai Manusia , tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru …”

Rasulullah S.A.W jjuga bersabda dalam hadith lain: “Rantai Kerasulan dan Kenabian telah sampai pada akhirnya. Tidak akan ada lagi rasul dan nabi sesudahku”. (Tirmizi, Kitab-ur-Rouya, Bab Zahab-un-Nubuwwa; Musnad Ahmad; Marwiyat-Anas bin Malik).

Dalam hadith yang lain pula, “Perumpamaan saya dan para Nabi sebelum saya seperti orang yang membangun satu bangunan lalu dia membaguskan dan membuat indah bangunan itu kecuali tempat batu yang ada di salah satu sudut. Kemudian orang-orang mengelilinginya dan mereka ta’jub lalu berkata: ‘kenapa kamu tidak taruh batu ini.?’ Nabi menjawab : Sayalah batu itu dan saya penutup Nabi-nabi” Hadith Riwayat Muslim

Dan daripada dalil AlQuran antaranya ;

” Bukanlah Muhammad itu bapa salah seorang laki-laki di antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup Nabi-nabi” Surah Al Ahzaab : Ayat 40

Maka sudah terbukti di sini, bahawa satu-satunya jalan untuk ke syurga hanyalah melalui Islam kerana umat Kristian sekarang sudah tertutup jalannya untuk termasuk dalam 144,000 umat Israel yang akan masuk syurga Allah. Kerana jumlah mereka sekarang ini sudah berbillion. Maka tulisan ini bukan berniat untuk menyinggung sesiapa, apa lagi untuk mengajak bermusuh. Tetapi tulisan ini hanyalah untuk memberi peringatan kembali kerana perasaan tanggungjawab dan sayang kami kepada anda. Lebih-lebih lagi anda yang sudah terpedaya dengan ajaran Paulus Tarsus dan bukannya ajaran Yesus.

Allah telah berfirman yang bermaksud, “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” Surah Aali Imraan : Ayat 85

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.” Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: “Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.”“ Surah Al Baqarah : Ayat 111

Wallahu a’lam. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment