Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Dengan kain kafan yang serba putih Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Menjadi makanan cacing dan makanan ulat Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’ Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Serta menikmati rezeki Tuhan Lalu menjadi segumpal darah Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Ayam tak patok itik tak sudu Yang lebih agung dari malaikat Dengan penuh rela dan bersedia Menjadi bekal sepanjang jalan Isteri, kad kredit dan kereta
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Yang kalau jatuh ke tanah
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
..: CECAH DAHI KE SEJADAH :..
12:44 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment