Assalamualaikum, Tidakkah kita perasan bahawa setiap hari ada sahaja kes2 jenayah yang dilaporkan di dalam televisyen dan media2 lain? Dari sekecil2 kes hinggalah kepada sebesar2 kes, dan bermacam kes2 jenayah pelik pun sudah berlaku sekarang. Maka masih sukakah anda dengan undang2 yang ada sekarang ini? Masih sukakah anda dengan undang2 buatan manusia yang tidak sempurna itu? Sedangkan telah ada undang2 ciptaan pencipta kita Yang Maha Bijaksana. Adakah anda mahu menunggu hingga tiba giliran anda, keluarga anda terlibat dengan ancaman2 jenayah baru anda mahu berubah? Atau anda tetap tidak mahu berubah walaupun sentiasa terancam keamanan anda? Atau anda mahu tunggu dibicarakan di Mahsyar nanti? Tidak mahukah anda merasakan satu undang2 tegar yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan masyarakat keseluruhannya insyaAllah? Itulah dia undang2 Islam yang telah dijamin oleh Allah S.w.t akan keamanan dan kestabilan nya. Khilafah Allah mengisytiharkan kepada malaikat apabila hendak mencipta nabi Adam, manusia pertama yang lahir daripadanya makhluk manusia seluruhnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. “Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku ciptakan di atas bumi itu makhluk (manusia) bagi menjadi khalifah”. Surah Al Baqarah : Ayat 30 Para ulamak menghuraikan khalifah itu dengan maksud menegakkan agama Allah (Islam) dan mentadbir urusan dunia dengannya (Islam) Bermula daripada urusan pembangunan diri manusia dengan Islam, Iman dan Ihsan, sehinggalah pembangunan kebendaan yang menjadi keperluan manusia, seperti makanan, pakaian, bangunan, teknologi dan sebagainya. Semuanya itu berada dalam batas sempadan memelihara hubungan dengan Allah di atas sifat hamba kepadaNya, juga hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan sesama manusia, serta hubungan makhluk di bumi yang diamanahkan ke atas manusia untuk mentadbirnya. Bahkan juga hubungan dengan alam ghaib yang baik (para malaikat) dan bermusuh dengan makhluk jahat (iblis dan syaitan). Telah jelas tentang antara tujuan penciptaan manusia iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Manusia diutuskan ke dunia ini untuk memakmurkan bumi dan menjauhkan diri dari merosakkannya. Maka sistem Islam lah yang terbaik untuk dipraktikkan bagi kemakmuran bumi, sistem2 yang lain semuanya telah menuju ke arah kehancuran lebih2 lagi kehancuran akhlaq dan peradaban manusia itu sendiri. Untuk melaksanakan sistem Islam, mestilah dilaksanakan secara keseluruhannya, termasuklah dalam hal undang2 negara, barulah nampak keindahan dan kecantikan sistem Islam itu. Yang kita perlu faham bahawa dalam Islam ada 3 bidang besar iaitu Islam , Iman dan Ihsan. Tidak lengkap jika hanya beriman tetapi tidak beramal. Tidak menjadi jika beramal tanpa iman dan ihsan yang jitu, dan begitulah seterusnya. Dan orang2 Islam juga diperintahkan agar menyuruh membuat kebaikan dan melarang dari kemungkaran sebagaimana firman Allah S.w.t. “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah.” Surah Aali Imran – Ayat 110 Sepertimana Nabi S.a.w juga bersabda yang bermaksud , “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak dapat melakukannya dengan tangannya, hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Jika tidak dapat melakukannya dengan lisannya, hendaklah ia melakukan dengan hatinya. Itulah iman yang paling lemah.” Hadith Riwayat Muslim “Kalian harus menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran, atau (kalau tidak) Allah akan mengirim hukuman kepada kalian, kemudian kalian berdoa kepada-Nya. Namun Dia tidak mengabulkan doa kalian.” (Diriwayatkan dari At-Tirmidzi dan ia mengHasankannya). Dan Allah mengecam bagi manusia yang tidak melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar melalui firmannya yang bermaksud, “Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.” Surah Al-Maidah :ayat 78-79 Kepemimpinan Malaysia sekarang Mari kita perhatikan dari mana pemimpin Malaysia sekarang mendapat kuasa. Adakah mereka meneruskan sistem khalifah dari nabi dan para sahabat? Adakah mereka dibai’ah dengan kaedah islamik dan terus menerus menegakkan undang2 Islam? Ketahuilah, kuasa pemerintahan di Malaysia sekarang telah dibahagi2 kan oleh British yang pernah menjajah Malaysia dulu. Pemimpin yang ada sekarang ini bukannya kesinambungan dari sistem khalifah yang telah diajar oleh nabi Muhammad S.a.w malahan sistem yang ada sekarang adalah cedokan dari sistem barat / kuffar. Dan pelaksanaan HUkum Islam adalah wajib ke atas semua tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Tetapi kita pun tahu, Allah suruh kita berdakwah dengan penuh BIJAKSANA, bukan bertindak melulu dan melebih2 (ghuluw). Maka ‘step by step’ lah kita laksanakannya, mulakan dengan umat Islam terlebih dahulu, dan berikan kefahaman yang lebih banyak dulu kepada yang non-muslim bagi mereka faham. Apabila Hukum Islam sudah tertegak saya yakin, mereka pun akan terpaut dengan undang2 Islam yang NYATA boleh membasmi jenayah ini. Dan kita tidak perlu berkeras dengan kafir dzimmi bahkan kita perlu berbuat baik dan memberi perlindungan kepada mereka, itu yang diajar oleh Rasulullah S.a.w. Ada pihak yang terlalu terburu2 untuk melaksanakannya secara keseluruhan, tetapi mereka pandai mengatakan bahawa dakwah yang mula2 perlu dibuat ialah dakwah iman. Bagi kefahaman dulu terhadap mereka2 yang masih belum beriman. Tetapi dalam hal mahu melaksanakan hukum Islam, mereka terlalu ta’asub dan terus merendah2kan golongan2 yang cuba mahu menegakkan Hukum Islam di Malaysia ini. Cara mereka itu lebih kepada menuju kehancuran daripada membuat pembaikan. Ini kerana kita dah tahu umat Islam sekarang masih lemah lagi tetapi mahu terburu2 melaksanakan secara keseluruhan, maka tidak mustahil makin timbul kucar kacir dari itu nanti. Dan cara mereka juga boleh menimbulkan ketakutan kepada non-muslim. “…dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesusahan.” Surah Al-Hajj : ayat 78 “Gembirakanlah dan jangan biarkan mereka lari, permudahkan dan jangan persusahkan.” Hadith riwayat Muslim, 4525 “Sesungguhnya kamu semua diutuskan untuk memudahkan, dan kamu semua tidak diutuskan untuk menyusahkan.” Hadith riwayat Bukhari Seterusnya ada pihak yang begitu manja sangat sehinggakan tidak mahu menegur langsung pemimpin dan berusaha sedaya upaya untuk menentang mereka yang menegur pemimpin. Tetapi, jika benar mereka sayangkan pemimpin mereka, maka mereka tidak patut membiarkan pemimpin berada dalam dosa sentiasa dan apa lagi tanggungjawab seorang pemimpin itu amatlah berat. Jika benar dia hayati hadith yang menyuruh kita agar sayangkan sesama saudara, maka kita sepatutnya menegur jika ada kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin. Ini kerana kita tidak mahu dia menanggung beban yang amat berat di kemudian hari nanti, itu baru namanya kita sayangkan pemimpin. Sayangkan anak tangan2 kan, sedangkan nabi pun menyuruh merotan anak jika ia telah akil baligh dan tidak mahu melaksanakan kewajipan2nya sebagai muslim. Adakah seorang ayah itu sayangkan anaknya jika dia membiar sahaja anaknya berbuat dosa dan tidak solat? Memang dari kaca mata nafsu nampak baik, kononnya ayah itu seorang yang lemah lembut dan tidak mahu menyusahkan anaknya. tetapi adakah itu bagus dari kaca mata Islam? Fikirkan lah sebaik mungkin. Sama lah dengan rakyat, adakah rakyat itu benar2 sayangkan pemimpin apabila rakyat biarkan sahaja pemimpin berada dalam kebathilan? Ingatlah, menjalankan undang2 islam adalah wajib dan pemimpin akan sentiasa berdosa selagi tidak menjalankannya. Tidak kasihankah kamu terhadap mereka? “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al-Ma’idah : ayat 49. “…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44 “……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45 “……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47 “Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99 “Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.” Surah An-Nahl : Ayat 89 “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min. Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” [An-Nisa : 115] Syaikh Al-Albani berkata : “Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa umat Islam pada zaman sekarang –kecuali sedikit di antara mereka- tatkala mereka tidak berpegang teguh dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mereka tersesat dan hina, yang demikian itu kerana mereka berpegang kepada pendapat pemimpin mereka. “Sesungguhnya yang paling aku takutkan dari umatku adalah para pemimpin yang menyesatkan” [HR Tirmidzi 2155 dishahihkan oleh Al-Albani Shahihul Jami’ 2316] Dan saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini dianggap mahu memecah-belahkan atau mahu menunjuk2 siapa yang betul dan siapa yang salah. Terpulang pada persepsi anda sendiri lah mahu kata apa terhadap tulisan ini. Tetapi saya tegaskan, ini hanya sebagai pertukaran pendapat , maka saudara2 pembaca nilailah sendiri mana pendapat yang terbaik. Saya tidak memaksa mana2 pihak untuk mengikut pendapat2 yang saya utarakan ini. Tak ada kuasa pun saya nak paksa2 :) Masing2 dengan pendapat masing2 sendiri dan semoga kita semua bertujuan untuk kebaikan ummat dan melakukannya kerana Allah. Semoga kita dijauhkan mengikut pendapat ulamak2 yang mahu kan kemewahan duniawi lebih dari ketaqwaan terhadap Allah, dan semoga kita dijauhkan berdakwah semata2 kerana dunia. Lebih2 lagi penyebaran maklumat sudah tidak terbatas sekarang terutamanya di intenet ini. Maka minda manusia dengan mudah boleh diracuni oleh ideologi2 yang mahu memporak perandakan umat Islam dan mahu melihat umat Islam berpecah belah. Ketahuilah bahawa musuh2 Islam sentiasa mahu melaga2kan kita sesama sendiri, apabila umat bertelagah sesama sendiri maka tiada lagi kekuatan pada umat Islam itu. Berhati2 lah wahai muslimin dan muslimat semua. Kerana itu lah pentingnya kita kembali kepada AlQuran dan AsSunnah. Kembali kepada AlQuran dan As Sunnah bukan hanya kita membaca AlQuran dan mempraktikkan sunnah di dalam rumahtangga kita. Tetapi ianya mesti dilaksanakan secara menyeluruh bermula dengan yang wajib2 dahulu. Ini perkara2 yang wajib pun kita tidak laksanakan semua lagi, tetapi dah tumpu kepada perkara2 fadhilat dan sebagainya. INi lah yang perlu dipertimbangkan kembali dan umat Islam perlu mengkaji sedalam2nya kelemahan kita sekarang ini. Perkara2 yang wajib pula mesti dimulakan dari atas, baru lah yang bawah2 ni dapat mengikuti dengan baik. Maka pemimpin lah yang mula2 sekali perlu menukar undang2 yang ada sekarang kepada undang2 Islam, insyaAllah apabila tunjangnya dah kuat maka cabang2nya nanti akan semakin kuat juga. Adakah kita tidak boleh menukar kuasa kepemimpinan sekarang? Ada pihak yang memberikan beberapa dalil dan hujjah bahawa kita tidak boleh menentang pemimpin yang ada sekarang dan tidak boleh merampas kuasa. Antaranya; “Jangan kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertaqwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq Dr. Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya. Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim 2/507, Ahmad 3/403, Hakim 3/290 dan hadis ini turut disahihkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Dhilalil Jannah hal. 507) Tetapi tahukah anda pemimpin yang macam mana yang Rasulullah S.a.w maksudkan? Dan bagaimana pula anda mahu menjawab tentang hadith2 ini? Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: ”Seutama-utamanya jihad ialah mengucapkan kalimat menuntut keadilan di hadapan seorang sultan – pemegang kekuasaan negara yang menyeleweng. ” Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Nabi s.a.w. bersabda: ”Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim – yakni menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud. Anda perlu tahu, kita tidak boleh mengambil maksud suatu hadith itu bulat2 tanpa memikirkan ada hadith lain yang lebih kuat atau hadith itu hanya berkias dan seumpamanya. Dan kita perlu tengok juga suasana hadith itu keluar macam mana. Telah kita semua ketahui, nabi melarang keras umatnya melawan Amiirul mukminin yang menegakkan undang2 Islam. Tetapi adakah pemimpin sekarang ini menegakkan undang2 Islam? Cuba tanya diri kita balik dan semak kembali mana yang lebih penting dari yang kurang penting. Pemimpin yang macam mana yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad S.a.w itu. Dan satu lagi yang menguatkan hujjah kita adalah melalui ucapan Saidina Abu Bakar r.a ketika beliau dibai’ah untuk menjadi khalifah Islam yang pertama. Ucapannya bermaksud seperti di bawah; Setelah Abu Bakar memuji Allah, “amma ba’du, para hadirin sekalian, sesungguhnya aku telah dipilih sebagai pimpinan atas kalian dan bukanlah aku yang terbaik, maka jika aku berbuat kebaikan maka bantulah aku. Dan jika aku bertindak keliru maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah, sementara dusta adalah satu pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kalian sesungguhnya kuat di sisiku sehingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya insyaAllah. Sebaliknya siapa yang kuat di antara kalian maka dialah yang lemah di sisiku hingga aku akan mengambil darinya hak milik orang lain yang diambilnya. Tidaklah suatu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah kecuali Allah akan timpakan kepada mereka kehinaan, dan tidaklah suatu kekejian tersebar di tengah suatu kaum kecuali azab Allah akan ditimpakan kepada seluruh kaum tersebut. Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku. Sekarang berdirilah kalian untuk melaksanakan solat semoga Allah merahmati kalian.” (Al Bidayah wan Nihayah – Imam Ibnu Katsir, dan ia mengatakan sanad itu sahih) Bermakna di situ pemimpin yang menyeleweng dari perintah Allah tidak perlu ditaati. Maka cuba kita fikir sekarang, adakah pemimpin kita betul-betul telah menjalankan perintah Allah? Apakah HUKUM yang digunakan? Sehingga sanggup meletakkan HUKUM BRITISH, Law of Enactment lebih tinggi dari HUKUM Syariah. Mahkamah Syariah pun lebih rendah dari mahkamah majistret, fikir-fikirkan wahai saudara-saudaraku semua. Sepatutnya Hukum yang dibuat oleh British lebih tinggi atau Hukum Allah lebih tinggi? Sudah kita ketahui bahawa Saidina Abu Bakar adalah orang paling dikasihi oleh Nabi Muhammad S.a.w. Sehingga ada nabi bersabda yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r/a yang bermaksud ; “Andai saja aku dibolehkan mengambil khalil (kekasih) selain Allah pasti aku akan memilih Abu Bakar sebagai khalil , namun dia adalah saudaraku dan sahabatku”. Maka ucapan dari Abu Bakar tentang soal kepemimpinan ini adalah terkemudian dan sanadnya juga telah disahihkan oleh Imam Ibnu Katsir. Maka hujjah ini adalah hujjah yang terkini dari segala hujjah dan ini lah yang paling kuat dalam soal boleh atau tidak mengubah kuasa pemimpin. Perlu diingat bahawa sumber perundangan Islam ada 4 iaitu AlQuran, AlHadith, Ijma’ Ulamak dan Qias. Dan Ijma’ para sahabat sudah tentunya juga adalah termasuk dalam sumber perundangan Islam, ingat tu. Dan jangan lah sekali2 kiat mengikut pendapat invidu kita semata2 kerana biri2 yang tidak tinggal dalam kelompoknya akan mudah sahaja dibaham oleh serigala. Bermakna fikirannya mudah diracuni oleh para orientalis, para ulamak yang pentingkan kemewahan dunia dan seumpamanya. “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya’ [HR Imam Malik 1395 bersumber dari Umar bin Khaththab Radhiyallahu ‘anhu dihasankan oleh Al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil Islam 1/18]
Ke arah menegakkan Hukum Islam di muka bumi ini
8:46 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
apakah tindakan yg mampu kita ambil?
Post a Comment