Assalaamu ‘alaikum w.b.t…… Apakah konspirasi terbesar yang berlaku sejak dari dulu lagi hingga sekarang? Mungkin anda ada persepsi tersendiri, tetapi di sini saya ingin menyatakan bahawa konspirasi terbesar adalah pakatan iblis dan para syaitan dari golongan jin untuk menjadikan manusia tidak merasakan kehadiran mereka. Dengan kata lain, membuatkan manusia tidak yakin dan percaya dengan kewujudan syaitan. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin. Dalam topik kali ini saya akan bercakap tentang syaitan dari golongan jin yang tidak kelihatan dan syaitan dari golongan manusia yang dapat dilihat jelas oleh kita. Apa tujuan mereka berbuat demikian? Tujuan utamanya agar manusia tidak merasakan bahawa kejahatan itu berasal dari mereka dan akhirnya akan menyebabkan kita tidak percaya kewujudan syaitan. Jika kita tidak percaya kewujudan iblis dan syaitan, bermakna iman kita telah rosak kerana tidak mempercayai perkara ghaib. Dan dengan kita tidak mempercayai kewujudan iblis dan syaitan, menjadikan kita juga tidak yakin dengan AlQuran dan Alhadith, kerana AlQuran dan AlHadith banyak sekali menyebut tentang iblis dan syaitan-syaitan. Maka konspirasi ini telah berjaya sebenarnya, kerana kita lihat di zaman moden ini ramai yang ragu-ragu dengan perkara ghaib. Ramai yang semakin tidak mahu mempercayai kewujudan alam ghaib, kononnya semua ini adalah lapuk dan kuno. Sedangkan perkara ghaib itu adalah suatu yang nyata dan lebih maju dari pemikiran orang-orang yang mengatakannya kuno dan lapuk. Iblis dan syaitan boleh sahaja bila-bila masa pun menjelma di depan kita dan menampakkan tubuh mereka. Tetapi mereka sengaja mengekalkan keghaiban diri mereka kerana dengan itu akan membuatkan manusia menjadi was-was, sehinggakan ada yang ragu-ragu. Dan adakalanya iblis dan syaitan menampakkan rupa mereka kepada sesetengah manusia, agar itu nanti akan menjadi percanggahan antara manusia. Manusia akan berselisih pendapat, ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Semua itu adalah suatu konspirasi untuk mengelirukan dan menyesatkan anak-anak Adam. Ramai dari manusia yang hanya statik pemikirannya dengan merasakan benda-benda yang nampak ini sahaja sebenarnya yang wujud. Sedangkan benda-benda yang nampak di depan mata kita ini hanya lah suatu yang boleh dilihat oleh bebola mata kita ini sahaja. Bebola mata kita yang amat lemah dan rapuh ini bukan boleh melihat segalanya di alam maya yang sungguh unik ciptaan Yang Maha Esa ini. Ada lagi dimensi2 lain yang masih tidak mampu dilihat oleh deria penglihatan kita dan alam lain itu lebih maju dari kita di sini. Sesungguhnya kita berada di alam yang sama dengan jin dan makhluk ghaib lain, cuma dimensi sahaja yang berlainan. Berlainan sekali dengan kita tidak dapat melihat ALLAH kerana ALLAh mahu menguji kita di dunia ini. “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” Surah AL Mulk : Ayat 2. Maka kehendak ALLAH tidak boleh dipersoalkan oleh kita yang hanya sebagai hamba. Kita hanya mesti patuh pada kehendaknya dan berusaha untuk melakukan kebaikan sebaik mungkin. Tetapi iblis dan kuncu-kuncunya ingin menyesatkan manusia dengan berselindung dan bertindak secara halus dan teliti. Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing terutamanya bidang menghasut. Mereka dapat berjalan di dalam salur darah kita seperti arus elektrik mengalir dalam wayar tembaga. Sememangnya jasad mereka sekarang ini pun terdiri dari unsur2 elektrik, kerana mereka diciptakan dari lidah api. Dan cita-cita mereka tidak lain iaitu untuk menyesatkan manusia dengan apa cara sekali pun. Dan mereka juga sudah berjaya menghasut manusia untuk menjadi syaitan dari kalangan manusia bagi membantu tugas-tugas mereka. Dan syaitan-syaitan itu lah yang menghasut manusia lain agar manusia beransur-ansur menjadi pemuja selain dari ALLAH atau dengan kata lain pemuja Iblis. Konspirasi Illuminati untuk memuja Iblis Illuminati adalah suatu pertubuhan rahsia yang terdiri dari beberapa pertubuhan besar seperti Freemasons, Skull and Bones, Bohemian Grove , dan beberapa lagi. Seperti Skull and Bones, hanya orang-orang terpilih untuk menyertai mereka dan biasanya adalah golongan-golongan elite yang akan menjadi golongan pemimpin suatu masa nanti. Skull and Bones berpusat di Universiti Yale , Amerika Syarikat dan di situlah dulu tempat keturunan Presiden Bush sekarang menuntut. Dia , ayahnya hinggakan kepada datuknya adalah bekas pelajar di situ dan kesemua mereka menjadi ahli Skull and Bones. Pertubuhan-pertubuhan ini menjadikan kemewahan, kemashyuran, kekuasaan dan sebagainya kepada ahli-ahlinya. Dan oleh sebab itu lah ramai dari mereka yang mewah, mahsyur dan memegang kuasa dunia sekarang terutamanya dalam kerajaan Amerika Syarikat. Konsepnya sama apabila seseorang itu membela jin, maka jin itu akan memberi kemewahan, kemahsyuran dan kuasa padanya dan akhirnya dia terus sesat dengan jin tersebut. Dan jangan terkejut, itu lah konsep yang berlaku kepada kuasa-kuasa besar dunia dari dulu hingga sekarang, pengaruh iblis dan syaitan dari golongan jin amat banyak terhadap mereka. Dan ramai juga ahli-ahli ilmuwan yang memiliki kelulusan tinggi termasuk PhD yang menjadi ahli mereka dan menjalankan aktiviti pemujaan syaitan. Gerakan mereka betul2 secara halus dan teliti, dan kadang2 diselitkan dalam cerita2 kartun untuk kanak2. Saya mahu berikan contoh satu cerita kartun di televisyen yang sudah lama dulu pernah disiarkan tetapi kini disiarkan kembali. Kartun tu ialah ‘He Man, Masters of The universe‘. Saya tidak pasti sama ada itu pengaruh dari illuminati atau tidak, cuma saya mahu kita berhati2 dengan cerita kartun sebegitu yang boleh mempengaruhi minda anak2. Jika anda perhatikan, He Man sememangnya melawan penjahat berwajah tengkorak yang digelar Skeletor. Nampak bagus kan? Tetapi sedarkah kita ketika dia mahu mendapatkan kuasanya itu? He man menyeru “By the power of Greyskull, I AM HE MAN!!!!!! “. Aaa itu lah dialog oleh si He Man tu. Yang jika anda terjemahkan ke bahasa Melayu bermakna , “Dengan kuasa Tengkorak Kelabu, AKU LAH HE MAN!!!” Nampak di situ He Man menyeru kuasa dari Tengkorak Kelabu, ntah JIN mana lah yang diserunya tu, ih ih ih. Dan begitulah dengan cerita kartun2 lain, waspadalah dan beritahulah anak2 atau adik2 kita tentang bahaya pengaruh di sebaliknya. Kerana konspirasi terbesar dunia menumpukan sasarannya kepada semua golongan termasuklah kanak2 yang masih mudah dilenturkan dan dididik.
Konspirasi terbesar dunia
4:56 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment