Astrologi : suatu bidang berasaskan teori pergerakan cakerawala – bintang, planet, matahari dan bulan – mempengaruhi hubungan manusia dan menentukan sebab suatu peristiwa atau keadaan. Astronomi : adalah bidang kajian saintifik mengenai angkasa lepas, terutama kedudukan, dimensi, pergerakan, komposisi, tenaga dan evolusi cakerawala serta fenomena berkaitan. Tidak seperti astronomi – kajian saintifik mengenai angkasa lepas, astrologi bukan bidang saintifik dan mendapat kritikan saintis. Ia lebih dikenali sebagai seni dan terpisah dari bidang astronomi. Hitungan dalam astrologi melibatkan aritmatik dan geometri digunakan untuk menentukan kedudukan ketara cakerawala pada tarikh dan masa tertentu berdasarkan jadual yang dibangunkan oleh ahli astronomi. Terdapat ahli astrologi cuba meletakkan astrologi pada asas saintifik, tetapi akhirnya ia tetap menjadi suatu seni apabila menghubungkannya dengan intuisi dan persepsi tersendiri. Astrologi juga bermaksud astronomi dalam definisi obsolete, iaitu definisi yang tidak lagi digunakan, berdasarkan situasi sekarang. Dalam Islam, astrologi adalah ilmu nujum perbintangan, yang termasuk dalam ilmu yang tidak boleh diamalkan dan membawa kepada syirik kepada Allah. sumber: 1. Baharrudin Zainal, 2003
Astronomi Vs Astrologi
4:57 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment