Barat sengaja melakukan provokasi terhadap hukuman rejam di Iran

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..

Tidak habis-habis media barat sengaja membuat provokasi dan menakut-nakutkan masyarakat dengan undang-undang Islam. Sebagai contoh yang terbaru di Iran, kes seorang wanita yang mana dia sendiri telah mengaku salah dan terlibat dalam pembunuhan suaminya pada tahun 2005, di samping telah melakukan aktiviti Zina ketika suaminya masih hidup. Wanita yang bernama Sakineh Mohammadi Ashtiani itu telah dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 99 kali di atas kesalahan berzina pada tahun 2006. Dan dia juga akan dijatuhkan hukuman rejam dengan batu sampai mati kerana berzina ketika dia masih mempunyai suami pada tahun 2005 dulu.

Media-media barat menulis tentang perkara ini dan komen-komen dari pembaca menuduh Islam sebagai agama ganas, memakai hukum purba yang kolot dan sebagainya. Mereka melihat hukuman itu sebagai kejam dan tidak munasabah Tuhan yang mencipta manusia menyuruh melaksanakan undang-undang tersebut. Tetapi mereka langsung tidak melihat akan perbuatan jijik yang telah dilakukan oleh wanita yang bersalah tersebut. Perbuatan yang mana boleh merosakkan keturunan dan rumahtangga itu sendiri. Sedangkan Allah S.w.t memerintahkan agar dilaksanakan undang-undangNya semuanya mempunyai hikmah masing-masing.

Wanita itu sendiri pun telah mengaku salah, bukannya tiada bukti atau tuduhan palsu dan sebagainya. Maka terpulanglah kepada kerajaan Iran untuk melaksanakan hukuman ke atas si pesalah itu kerana kes itu berlaku di dalam negara mereka dan telah lama termaktub dalam undang-undang mereka. Tetapi pihak-pihak barat sengaja mahu cari alasan untuk memburukkan Iran kerana sebagaimana diketahui, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya memang sudah berdendam dan ingin menghancurkan Iran. Bukan hanya kerana Iran adalah negara Islam, tetapi Iran juga mempunyai banyak sumber minyak yang boleh mengkayakan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Maka dengan taktik serangan psikologi seperti ini lah mereka cuba untuk memancing sokongan dari masyarakat dunia.

Mereka amat takut terhadap undang-undang Islam yang sememangnya mereka nampak seperti zalim, tetapi jika difikirkan masak-masak , ianya adalah untuk mengelakkan dari manusia melakukan lebih banyak maksiat dan menjadi terus rosak akhlak dan sebagainya.

Di dalam Facebook pun siap ada group yang dibina untuk menyokong agar dibebaskan Ashtiani dari hukuman tersebut. Mungkin mereka merasa bagus membela orang yang sudah melakukan jenayah dan maksiat. Yang buruk sudah dipandang bagus sementara yang bagus sudah dipandang buruk oleh manusia-manusia yang mengaku kononnya bertamaddun sekarang ini. Sedangkan itu tidak ubah seperti pemikiran orang-orang di zaman jahiliyah dahulu yang mana hanya suka berfoya-foya dan mengikut nafsu serakah dan enjoy semata dalam dunia ini. Sehinggakan mereka lupa bahawa tidaklah mereka itu diciptakan melainkan untuk beribadah kepada Tuhan semesta alam. Itu lah buruknya jika manusia sudah mahu membuat undang-undang mengikut selera sendiri.

Yang hairannya lagi, serangan-serangan zalim di luar perikemanusiaan Israel ke atas penduduk Palestine yang bertubi-tubi tidak diwar-war kan sebagai jahat dan zalim. Sedangkan serangan itu adalah serangan terhadap hak asasi manusia lain dan merampas tanah tempat duduk orang lain. Berbanding dengan hukuman rejam itu yang dikenakan ke atas seorang yang telah melakukan maksiat dan jenayah, yang mana itu telah termaktub dalam undang-undang negara Iran dari dulu lagi. Maka jika seseorang itu melakukan juga kesalahan tersebut, bermakna dia rela menempah maut lah.

Andai kata mereka tahu lah betapa aman, kurangnya jenayah dan bahagianya hidup manusia jika undang-undang Islam ditegakkan, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk melaksanakan Undang-undang Islam yang telah diperintah kan oleh Pencipta segala sesuatu Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Jika undang-undang Islam tidak dilaksanakan, maka saksikanlah seperti mana hari ini di mana kadar jenayah semakin meningkat. Kes buang anak, rogol, berzina, mencuri, merompak, pecah rumah, meragut, membunuh, rasuah, gangsterism, mabuk arak, berjudi dan sebagainya lagi semakin berleluasa sekarang. Tepuk dada tanyalah diri dan iman masing-masing, sama ada mahukan keamanan dan masyarakat yang harmoni, ataupun mahu membela penjenayah dan melihat lebih banyak lagi jenayah berlaku …….

.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment