Apakah itu ZIONIS?

Apakah itu zionis?? Inilah tajuk kita pada pagi ini. Jam saya menunjukkan pukul 1:50 pagi(waktu malaysia). Jadi berbalik pada tajuk asal kita.. apakah itu zionis?


Zionis adalah sebuah pergerakan yang telah lama beroperasi, tetapi secara rasminya diasaskan oleh seorang jurnalis Yahudi Hungary iaitu Theodor Herzl pada tahun 1896. Matlamatnya adalah agar orang2 Yahudi kembali ke Eretz Yisrael, atau Zion. Nama Zionis diambil dari nama sebuah bukit iaitu Bukit Zion, sebuah bukit di mana Kota Jerusalem berada. Penyokong2 pada pergerakan ini dipanggil ‘Zionists’.

Dr. Theodor Herzl menyusun doktrin Zionisme sejak 1882 yang kemudian disistematisasikan dalam bukunya “Der Judenstaat” (Negara Yahudi) (1896). Doktrin ini dikonkritkan melalui Kongres Zionis Sedunia pertama di Basel, Swiss, tahun 1897. Setelah berdirinya negara Israel pada tanggal 15 Mei 1948, maka tujuan kaum zionis berubah menjadi pembela negara baru ini.

Pada hari ini, secara kasarnya seramai 40% penduduk Yahudi di dunia tinggal di Israel. Dan 40% lagi tinggal di Amerika Syarikat.

Zionis berbeza dengan Yahudi yang berpegang kepada kitab Perjanjian Lama, kerana Zionis adalah suatu badan sekular yang cuba memisahkan agama. Ianya dipengaruhi oleh illuminati iaitu satu pertubuhan besar yang ingin menakluki dunia suatu masa nanti. Yahudi yang berpegang teguh dengan PL menganggap perbuatan Zionis merampas bumi Palestine dan membunuh ramai jiwa itu adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan.


Itulah zionis. Kita tidak boleh kata bahawa Israel adalah negara bodo atau apa semua tu kerana Israel adalah gelaran yang diberikan kepada nabi Isa.

semoga bermanfaat, apa yang bak itu datang dari allah, dan yang buruk itu datang dari saya sendiri, tetapi hakikatnya semua itu datang daripada allah belaka..

wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment